07/12/2015:Anggota UMNO Perlu Bersikap Terbuka Tangani Cabaran

Anggota UMNO perlu bersikap terbuka dalam menangani cabaran khususnya melibatkan isu dalaman bagi mengelakkan pihak luar mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan perpaduan dan kesatuan parti itu.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Sapawi Haji Ahmad berkata, ahli-ahli Umno perlu bersikap rasional dan tidak melibatkan emosi dalam apa juga keputusan yang dibuat kerana UMNO adalah parti tertua di negara ini dan menjadi tulang belakang kepada kepimpinan negara.

Tambahnya, apa juga masalah dalaman dalam UMNO, ia merupakan sebahagian daripada proses kematangan yang mana pernah berlaku sebelum ini.

Datuk Sapawi turut mengajak ahli-ahli UMNO Sabah di semua peringkat agar mendokong peraturan-peraturan yang diasaskan melalui perlembagaan parti demi mengekalkan perpaduan yang sedia terjalin.

Beliau ditemui media selepas menghadiri Majlis Apresiasi Perpaduan dan Integrasi Nasional JPNIN Peringkat daerah Sipitang.

 

Ends/Donny (Rita/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s