07/12/2015:Didik Amalan Kitar Semula Melalui Persembahan Muzik

Kolej Komuniti Tawau muncul johan pertandingan Comunity College Street Stompers Battle Peringkat Negeri yang berlangsung di Tawau.

Manakala tempat kedua dimenangi Kolej Komuniti Lahad Datu. Sementara itu, Kolej Komuniti Tambunan memenangi kategori Comunity College Incubator Challenge.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Ketiga-tiga kolej komuniti tersebut akan mewakili Sabah ke pertandingan peringkat separuh akhir di Putrajaya pada 14 Disember ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Datuk Mary Yap berkata, program itu merupakan serampang dua mata bertujuan mendidik pelatih kolej mengenai amalan kitar semula menerusi persembahan muzik yang dicipta daripada bahan buangan.

Pada masa sama, melatih mereka menjalankan perniagaan berdasarkan inkubator yang didaftarkan di bawah E-teach Centre Kolej Komuniti.

Sebanyak 8 kolej komuniti menyertai fiesta dua hari itu.

 

Ends/Donny (Masniah/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s