07/12/2015:Jabatan Pertanian Sabah Muncul Juara Karnival Sukan MAFI

Jabatan Pertanian Sabah muncul juara keseluruhan bagi kejohanan sulung Karnival Sukan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Sabah 2015 apabila berjaya membolot 7 pingat emas.

Jabatan berkenaan turut membawa pulang Piala Pusingan selepas mengalahkan 8 pasukan lain yang menyertai karnival sukan ini.

Antaranya pasukan tersebut, Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak dan Jabatan Perikanan Sabah.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Husin menyatakan, kejohanan itu dapat memastikan warga kementerian sentiasa sihat dan cergas untuk menyumbang kepada produktiviti jabatan dan agensi masing-masing sekaligus mewujudkan suasana muhibbah.

Beliau berucap pada Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah sempena Penutupan Karnival Sukan MAFI 2015 di Kota Kinabalu. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Setiausaha Tetap MAFI, Datuk Haji Ujang Sulani.

 

Ends/Donny/Tika (Ear/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s