07/12/2015:JKJR Akan Jalin Kerjasama Dengan PERKESO Tahun Depan

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk mengadakan lebih banyak program keselamatan pekerja, tahun depan.

Pengarah JKJR Sabah, Herdiansah Abdul Karim berkata, pendekatan strategik itu diadakan bersama majikan pelbagai sektor pekerjaan di Sabah yang mencarum dengan PERKESO.

Beliau ditemui media selepas perasmian kempen keselamatan jalan raya musim cuti sekolah dan perayaan krismas 2015 di Teluk Likas.

Herdiansah berkata, langkah itu diambil berikutan kes kemalangan semasa perjalanan melibatkan pencarum PERKESO di negeri ini semakin meningkat.

Berdasarkan statistik, sebanyak 377 kes kemalangan pekerja pencarum PERKESO direkodkan pada 2012, 365 kes pada 2013 dan 462 kes pada 2014.

Manakala setakat September 2015, sebanyak 253 kes direkodkan.

 

Ends/Donny (JB/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s