07/12/2015:Sabah Rekod Satu Kematian Setiap Hari Akibat Kemalangan Jalan RayaTahun Lalu

Sabah merekodkan purata satu kematian setiap hari akibat kemalangan jalan raya tahun lalu.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahun lalu, sebanyak 420 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan di Sabah termasuk 29 kematian pada Disember 2014.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Bobbey Suan berkata, jumlah itu amat menyedihkan kerana ia turut merugikan negeri ini.

Justeru, beliau mengingatkan pengguna jalan raya memainkan peranan dan tanggungjawab bersama bagi menjadikan jalan raya tempat yang selamat untuk semua.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Cuti Sekolah dan Musim Perayaan Krismas 2015 di Teluk Likas, Kota Kinabalu.

Sebanyak 50 topi keledar diagihkan kepada penunggang motosikal dan 200 beg berisi risalah keselamatan serta jaket keselamatan kepada pengguna jalan raya.

Kempen itu anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

 

Ends/Donny (JB/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s