07/12/2015:Sokong Kepimpinan Sedia Ada Dalam Hadapi Cabaran Mendatang

Kepimpinan generasi muda dalam UMNO perlu berganding bahu dan bersatu hati dengan menyokong kepimpinan sedia ada dalam menghadapi cabaran mendatang lebih-lebih lagi dalam dunia tanpa sempadan.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Normalah Rasik berkata, sokongan kepimpinan generasi muda itu bukan sahaja memperkukuhkan perjuangan UMNO membela nasib rakyat malah meneruskan kesinambungan kepimpinan sedia ada.

Sementara itu, Naib Ketua Bahagian Umno Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menegaskan bahawa setiap ahli Umno perlu sentiasa menyemai semangat kesatuan, kerjasama, perpaduan dan bersatu hati dalam menghadapi apa juga fitnah, hasutan, tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

Ini kerana katanya, perpecahan yang berlaku dalam parti akan memberi peluang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk menghancurkan apa yang telah terbina selama ini.

Justeru, beliau berharap sokongan terhadap kepimpinan parti akan diserlahkan lagi dalam perhimpunan Agung Umno yang akan bermula esok di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara.

 

Ends/Donny (Donny/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s