09/12/2015:HASIL LAPORAN JAWATANKUASA KERJA RCI MENGENAI PATI AKAN DIUMUMKAN APABILA SIAP SEPENUHNYA

Hasil laporan Jawatankuasa Kerja Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) akan dikemukakan kepada umum sebaik sahaja input berkaitan isu tersebut selesai sepenuhnya.

Pengerusinya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, jawatankuasa itu sedang giat menyiapkan laporan tersebut dan berharap semua pihak berganding bahu dalam menyelesaikan isu tersebut.

Jelasnya, perkara itu bukan mudah untuk dilaksanakan kerana ia memerlukan cadangan dan maklumbalas daripada pelbagai pihak selain jalan penyelesaian secara menyeluruh daripada pelbagai aspek.

Beliau menyatakan demikian kepada media ketika mengulas kenyataan beberapa pemimpin tempatan termasuk pembangkang yang mendesak kerajaan persekutuan dan negeri menjelaskan “ketiadaan tindakan jelas” ke atas isu tersebut.

Tan Sri Joseph Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, kerajaan juga berusaha membanteras kemasukan PATI dan mengukuhkan lagi aspek keselamatan di negeri ini menerusi penubuhan ESSCOM.

Tan Sri Joseph Pairin ditemui media selepas majlis pengiktirafan dan penghargaan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kota Kinabalu.

 

Ends/Donny (Jean/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s