09/12/2015:Laksana Perancangan Dan Program Pembinaan Secara Efisien

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mahu semua perancangan dan program pembinaan yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) diteruskan secara efisen.

Katanya, peruntukan 91.4-juta ringgit dalam Bajet Negeri 2016 bagi menjalankan program-program penyediaan infrastruktur perlu dilaksanakan dengan baik.

Ini termasuklah semua projek pembinaan baru, pembaikan jalan raya, pengurusan cerun, pembentungan, pembinaan dan pembaikan jambatan haruslah diteruskan dengan memberi keutamaan terhadap keperluan sebenar dan mendesak, rakyat di bandar dan luar bandar.

Tan Sri Joseph Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur menyatakan demikian dalam Majlis Pengiktrafan dan penghargaan JKR 2015 di Kota Kinabalu.

Beliau turut mengingatkan setiap warga JKR perlu ada visi dan misi yang seiring ke arah penyampaian sistem penyampaian awam berintegriti, telus dan responsif terhadap kehendak pelanggan.

Seramai 55 kakitangan JKR menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2014 dan 49 orang menerima anugerah pekerja terbaik bagi tahun 2015.

 

Ends/Donny (Jen/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s