09/12/2015:Malaysia Terus Jadi Destinasi Pilihan Pelaburan

Malaysia terus menjadi destinasi pilihan pelaburan walaupun dalam keadaan ekonomi global yang mencabar.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Phang Ah Tong berkata, Sabah merupakan salah satu penerima pelaburan tersebut.

Beliau berucap pada seminar peluang pelaburan di Sabah di Kota Kinabalu.

Seminar anjuran MIDA dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) itu disempurnakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Datuk Phang berkata, setakat Disember tahun lalu, sebanyak 731 projek perkilangan telah dilaksanakan di Sabah dengan jumlah pelaburan 17.9 bilion ringgit.

Lebih daripada 85 peratus projek tersebut adalah dalam industri berasaskan sumber seperti keluaran petroleum termasuk petrokimia, pembuatan makanan, kertas, percetakan dan penerbitan, kayu dan produk kayu, kimia dan bahan kimia dan mineral bukan produk logam.

Pelaburan itu menyediakan lebih 76-ribu peluang pekerjaan.

 

Ends/Donny (Donny/Stat)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s