09/12/2015:PELBAGAIKAN SUMBER EKONOMI MENERUSI PENGUASAAN TEKNOLOGI TERKINI

Penguasaan teknologi terkini dalam mempelbagaikan sumber ekonomi kini menjadi salah satu prasyarat penting membawa Sabah terus maju dan membangun ke hadapan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, kegagalan menguasai teknologi menyebabkan kemajuan serta perkembangan negeri terbantut. Ini kerana kekayaan sumber ekonomi tidak dapat dieksploitasi dan dibangunkan sepenuhnya.

Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Seminar Peluang Pelaburan di Sabah di Kota Kinabalu.

Tegasnya, kekayaan sumber ekonomi tidak bermakna sekiranya pemain industri tidak mengadaptasi teknologi dalam industri perkilangan dan pembuatan mereka.

Datuk Raymond yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, tiga kompenen utama perlu dipraktikkan dalam membangunkan perusahan kecil dan sederhana (PKS) di negeri ini.

Tiga kompenen itu ialah pembinaan prasarana PKS, kapasiti bangunan dan kewangan.

Seminar anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Industri itu disertai 200 peserta terdiri pemain industri dari seluruh negeri.

 

Ends/Donny (FM/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s