09/12/2015:Pengarah Kastam Sabah Hanya Mempunyai Satu Akaun Facebook

Pengarah Jabatan Kastam Sabah, Datuk Dr. Janathan Kandok meminta orang ramai supaya mengabaikan akaun facebook bernama ‘Dato’ Shamil Rahman’ yang menggunakan gambar beliau di akaun tersebut.

Datuk Dr. Janathan berkata, beliau hanya mempunyai satu akaun sahaja iaitu atas nama beliau sendiri ‘Janathan Kandok’ dan menasihati para pengikutnya atau orang ramai mengabaikan akaun facebook lain.

Menurutnya, sekitar pukul 11.30 malam, kelmarin, beliau dimaklumkan bahawa gambar beliau telah digunakan penama Dato Shamil Rahman, dengan berlatarkan masjid dan menetap di Manchester, United Kingdom serta mempunyai 82 pengikut.

Datuk Dr Janathan berkata, beliau tidak mengetahui tujuan pemilik akaun tersebut menggunakan gambarnya.

Bagi mengelak orang ramai terkeliru, beliau menulis di akaun facebook miliknya bertulis ‘Dimaklumkan orang ini Dato’ Shamil Rahman, menggunakan foto saya sebagai profilnya adalah menyamar sebagai diri saya entah tujuan apa. Sila abaikannya’.

Datuk Dr. Janathan berkata demikian dalam satu kenyataan media di Kota Kinabalu.

 

Ends/Donny (Mar/Stat)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s