10/12/2015:Empat Suspek Pecah Rumah Dan Curi Kenderaan Ditahan

Susulan kes pecah rumah dan curi kenderaan di Taman Canggih, Inanam.

Polis Bandaraya Kota Kinabalu berjaya memberkas empat suspek yang terlibat dalam kes itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra, suspek pertama ditahan Khamis lalu, ketika sedang memunggah barang-barang dari sebuah rumah di Taman Canggih, Inanam dan tiga suspek lagi ditahan dalam operasi mengesan suspek terbabit pada Jumaat.

Beliau memberitahu sidang media selepas perhimpunan bulanan di IPD Kota Kinabalu.

Hasil tangkapan itu, polis merampas empat buah kenderaan, kamera digital, telefon bimbit, tablet dan barangan lain bernilai lebih 200 ribu ringgit.

Untuk rekod, IPD Kota Kinabalu merekodkan 119 kes indeks jenayah atau 8.43 peratus bermula Januari hingga Disember tahun ini.

 

Ends/Donny/Mar (SJK/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s