10/12/2015:Kerajaan Akan Terus Pastikan Keselamatan Bumi Sabah

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan akan terus memastikan keselamatan bumi Sabah dan terus kekal bersama Malaysia selain makmur sentosa buat selama-lamanya.

Katanya, dibawah kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN), kerajaan akan mempertahankan tanah Sabah daripada pencerobohan yang tidak diundang.

Beliau menegaskan demikian dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan perhimpunan agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC), Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Datuk Seri Najib melahirkan rasa kesal kerana tatkala kerajaan mempertahankan kedaulatan bumi Sabah daripada pengganas, ada individu-individu tertentu yang tergamak malah sanggup bertemu dengan pihak yang pernah dikaitkan dengan penceroboh di Lahad Datu.

Perbuatan itu katanya, sememangnya tidak bertanggungjawab, menguris hati bahkan boleh dianggap sebagai satu penghinaan terhadap keluarga dan para perajurit serta pengkhianatan terang-terangan pada negara.

 

Ends/Donny (Bern/Donny)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s