10/12/2015:Pelabur Jepun Minat Jalin Kolaborasi Di Negara Ini

Pelabur dari Jepun berminat untuk terus menjalin kolaborasi di negara ini dalam usaha pembangunan teknologi tinggi dan industri perkhidmatan.

Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa berkata, pelaburan negara Jepun di negara ini dan rantau Asean khususnya adalah yang terbesar sekaligus mewujudkan lebih 400-ribu peluang pekerjaan selain mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara dua negara.

Beliau berucap dalam majlis resepsi Hari Jadi ke-82 Maharaja Jepun, Maharaja Akihito di Kota Kinabalu.

Dr. Makio turut menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada kerajaan negeri dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden gempa bumi Ranau yang turut mengorbankan seorang warganegara Jepun.

Menurutnya, Jepun turut menyumbang dalam pembukaan laluan baharu ke Puncak Gunung Kinabalu, pada 1 Disember lalu.

Dalam majlis resepsi itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah diwakili Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ellron Angin.

 

Ends/Donny (Oli/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s