10/12/2015:Pertumbuhan Ekonomi Sabah Menyaksikan Pertumbuhan Pesat

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menegaskan bahawa pembangunan ekonomi Sabah telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Ini membuktikan kerajaan negeri di landasan yang betul melalui agenda pembangunan dan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang tepat pada masanya.

Beliau berucap pada majlis makan malam sempena mesyuarat delegasi Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (B-I-M-P-EAGA) ke-19 di Kota Kinabalu. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah.

Datuk Musa berkata, dalam hal itu, kerajaan negeri akan berusaha mempercepatkan lagi keputusan yang berkesan dalam hal berkaitan perdagangan dan pelaburan.

Ini jelasnya, membuktikan kerajaan serius dalam memenuhi keperluan dan aspirasi pelabur dimana persaingan menjadi sengit dalam beberapa tahun akan datang.

Mengenai B-I-M-P-EAGA, Datuk Musa berkata, ia telah memberi kesan positif kepada pembangunan negeri ini terutamanya menyediakan maklumat kepada pelabur terutamanya dalam Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

 

Ends/Donny (Donny/Teks)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s