10/12/2015:Polis Sandakan Cari Individu Buang Bayi

Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di belakang kedai berhampiran Taman Permata di Batu 8, Sandakan, hari ini.

Bayi yang masih hidup itu ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Ketika mengesahkan penemuan bayi tersebut, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md. Zain berkata, anggota yang bertugas telah menghantar bayi berkenaan ke Hospital Sandakan.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti individu yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi itu supaya tampil membantu siasatan.

 

Ends/Donny (Amran/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s