10/12/2015:Sebuah Kilang Padi Akan Dibina Di Kota Belud

Sebuah kilang padi di bawah seliaan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan dibina di Kota Belud dengan kos 25-juta ringgit bagi melonjakkan lagi pengeluaran padi di Sabah.

Ketua Pengarah LPP, Datuk Mohd Salim Taha berkata, kilang padi keempat LPP itu dijangka siap pada 2017 atau 2018 dengan menyediakan kemudahan untuk memproses padi pada harga berpatutan berbanding kilang swasta.

Ketiadaan kilang padi LPP memaksa pengusaha padi di Sabah memproses padi mereka dengan kilang swasta yang sememangnya membabitkan kos tertentu.

Justeru, denagn adanya kilang padi yang diselengarakan oleh LPP itu kelak, ia akan memberi lebih manfaat dan keuntungan kepada petani.

Datuk Mohd. Salim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Estet Padi Pertubuhan Peladang Peringkat Kebangsaan di Kuala Terengganu.

Melalui pembukaan kilang di Sabah, Datuk Mohd Salim berkata, LPP akan menubuhkan konsortium yang akan menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada petani dalam menggalakkan penghasilan padi berkualiti di negeri ini.

 

Ends/Donny (bern/Donny)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s