14/12/2015:’Hujan Meteor Geminids’ Dijangka Berakhir Khamis Ini

Fenomena hujan tahi bintang atau lebih dikenali ‘hujan meteor Geminids’ yang berlaku malam tadi sehingga subuh pagi berjaya menarik kehadiran hampir 300 pengunjung menyaksikan program pencerapan hujan itu di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat.

 
Menurut Pegawai Penyelidik, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Mohd Redzuan Tahar, fenomena tersebut berlaku sejak 4 Disember lalu dan dijangka berakhir Khamis ini. Fenomena tersebut bukan sahaja dapat disaksikan oleh rakyat negara ini, malah di seluruh negara.
Beliau ditemui pemberita RTM semasa program Pencerapan Hujan Meteor Geminids anjuran Sabah Stargazers di Simpang Mengayau, Kudat.
Redzuan berkata, meteor Geminids terjadi daripada serpihan kecil batuan berasal dari asteroid 3-2-0-0 Phaethon. Asteroid terbabit meninggalkan serpihan batuan ketika mengorbit dan mendekati matahari. Serpihan itu seterusnya memasuki atmosfera bumi.
Beliau bagaimanapun berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana serpihan batuan itu terbakar disebabkan kelajuan tinggi dan menjadi debu ketika memasuki atmosfera bumi.
Sebanyak 446 meteor Geminids direkodkan dalam program itu. Program berkenaan bakal menjadi acara tahunan negeri, anjuran bersama Stargazers dan ANGKASA, bermula tahun depan.
Maria (Emran/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s