14/12/2015:Kerjasama Erat Antara Rakyat Dua Negara

Pamerkan kerjasama erat antara rakyat kedua-dua negara.

Ini antara kejayaan program lawatan Bolkiah Mix Group (BMG) dari negara Brunei ke Sabah.

Sempena lawatan lima hari itu, peserta BMG mengadakan beberapa aktiviti sukan dengan warga kerja RTM Sabah termasuk perlawanan persahabatan badminton, bola jaring dan boling.

Ketiga-tiga perlawanan itu dimenangi RTM Sabah.

Berucap dalam majlis penutupan perlawanan persahabatan boling RTM-BMG, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan RTM Sabah, Francis Fahir melahirkan penghargaan terhadap lawatan BMG ke negeri ini khususnya RTM Sabah.

Lawatan itu telah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dan mewujudkan perpaduan melalui aktiviti sukan.

Beliau berharap BMG akan mengadakan lebih banyak aktiviti di Sabah pada masa akan datang.

 

Ends/Donny (Rita/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s