14/12/2015:Konsert Mega Krismas Sabah VFM 19 Disember Ini

RTM Sabah akan mengadakan Konsert Mega Krismas Sabah Vfm pada 19 Disember ini bertempat di Pentas Terbuka Buhavan Square Donggongon, Penampang.

Konsert yang julung kali diadakan dengan kerjsama Pejabat Daerah Penampang itu bermula pukul 7 malam.

Penolong Pengurus Sabah Vfm, Cusna Yusof berkata, konsert tersebut bertujuan mempromosikan rancangan terbitan Sabah Vfm dengan mendekatkan pendengar melalui persembahan pentas yang melibatkan artis-artis tempatan Sabah.

Pada masa sama memperkenalkan juruhebah-juruhebah Sabah Vfm siaran bahasa Kadazan, Dusun dan Murut.

Bercakap dalam satu sidang media di Kota Kinabalu, beliau berkata, usaha RTM Sabah mengadakan pelbagai program seperti Konsert Krismas itu bagi menyemarakkan lagi sambutan perayaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Penampang, Luvita Koisun berkata, antara artis yang menjayakan konsert itu ialah Apprillisa Sue Ann, Esther Clement Tubong, Romeno Suali dan Koir dari Katedral Hati Kudus,Kota Kinabalu.

Konsert Mega Krismas itu dijangka dirasmikan Ketua Bahagian UMNO Penampang, Datuk John Ambrose.

 

Ends/Donny (Jane/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s