14/12/2015:Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Keningau-Sook

Penunggang motosikal, Denley Sam yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di kilometer 7 Jalan Keningau-Sook, malam tadi, dilaporkan meninggal kira-kira pukul 1 pagi.


Ketua Polis Daerah Keningau, Dsp Douglas Taong berkata, Denley, 30 tahun disahkan meninggal dunia oleh Hospital Keningau akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dsp Douglas berkata demikian ketika dihubungi pemberita RTM di Keningau.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu, mangsa dari Kampung Mempulut berkenaan dikatakan menunggang motosikal dari arah Keningau menuju ke Sook, sebelum terbabas ke tepi kiri jalan dan terlanggar besi penghadang jalan. Akibat tidak memakai topi keledar, kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di kepala.
Siasatan lanjut polis mendapati, kemalangan disebabkan kecuaian mangsa sendiri dan tidak melibatkan kenderaan lain.

 

Maria (Loy/Int)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s