14/12/2015:PPM Semporna Rampas Pelbagai Barangan Kosmetik Dan Ubat Di Pulau Boheyan

Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna merampas pelbagai barangan kosmetik dan ubat-ubatan bernilai 2 ribu 712 ringgit di perairan Pulau Boheyan.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Acp Mohamad Madun berkata, kesemua barangan tersebut dirampas ketika pasukan peronda menahan dan memeriksa sebuah bot pam di perairan berkenaan kira-kira pukul 12.55 tengah hari, kelmarin.

Katanya, seorang lelaki, 39 tahun dipercayai dari Pulau Sitangkai, Filipina ditahan. Manakala, antara barang yang dirampas 144 kotak vitamin jenama ‘tiki-tiki plus’, 144 botol ‘juicy cologne’ dan 144 kotak ‘sang-ing cream’.

Acp Mohamad berkata, barangan tersebut dipercayai dibawa masuk secara haram dari Filipina. Suspek dan kesemua barangan yang dirampas dibawa ke Pangkalan PPM untuk tindakan lanjut.

 
Maria (Maria/Brna)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s