14/12/2015:Sabah Perlu Manfaat Prasarana Sukan Negeri

Sabah antara negeri mempunyai kemudahan dan prasarana sukan terbaik di Malaysia, selain memiliki keindahan alam semulajadi yang boleh dieksploitasi sebagai pusat kegiatan sukan ekstrim.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, kelebihan tersebut harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk menarik lebih ramai ahli sukan dari luar negeri untuk menjadikan Sabah sebagai lokasi penganjuran sukan.
Langkah itu sekaligus memperkukuhkan hubungan serta semangat persahabatan melalui sukan dan secara tidak langsung merancakkan lagi industri pelancongan negeri.
Beliau berucap pada pelancaran Logo dan Laman Web Kejohanan Sukan Gemaputera ke-14 di Kota Kinabalu. Teks ucapannya dibacakan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian negeri, Datuk Hashim Paijan.
Sementara itu, Pengurus Besar Kumpulan, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Pengiran Saifuddin Pg. Tahir berkata, SEDCO sekali lagi diberi tanggungjawab menganjurkan kejohanan sukan itu, yang dijadual berlangsung pada Mac, tahun depan.
Kejohanan kali ke-14 itu bakal menyaksikan kehadiran 14 kontinjen dari seluruh negara, dengan pelbagai acara sukan dipertandingkan termasuk golf, bola jaring dan boling.

 

Maria (Farizie/Coov-Brna)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s