14/12/2015:SKM Lulus RM7.41 Kepada 7 Koperasi Di Sabah

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meluluskan 7.41 juta ringgit kepada 7 buah koperasi di Sabah, sehingga November tahun ini.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata, permohonan itu daripada 21 buah koperasi yang memohon pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP). Sementara, 14 permohonan lagi masih dalam tindakan SKM.
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Negeri Sabah Bilangan 2 Bagi Tahun 2015 di Kota Kinabalu.
Selain pembiayaan TMP, SKM juga meluluskan permohonan Geran Bantuan Pembangunan kepada 17 buah koperasi di Sabah, bernilai 725 ribu ringgit. Sebanyak 32 buah koperasi telah memohon pinjaman itu yang berjumlah 1.95 juta ringgit.
Datuk Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berharap pembiayaan pinjaman dan geran itu dimanfaat sepenuhnya oleh koperasi dalam memajukan aktiviti koperasi, seterusnya meningkatkan pendapatan ahli koperasi.
Sehingga November tahun ini, Sabah mempunyai seribu 264 koperasi berdaftar dengan keanggotaan 344 ribu 374 dan modal syer serta yuran 135.2 juta ringgit. Manakala, jumlah aset bernilai 693.5 juta ringgit dan perolehan 154.5 juta ringgit setakat Jun lepas.

 

Maria (Ritah/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s