15/12/2015:175 Penggiat Seni Tempatan Sabah Terima Peruntukan RM3-Juta Menerusi Dana Mikro FINAS

Seramai 175-penggiat seni tempatan Sabah menerima peruntukan berjumlah tiga juta ringgit menerusi Dana Mikro FINAS di bawah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Industri Kreatif (C.I.L.L).

Geran disampaikan Menteri Komunikasi, Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Said Keruak dalam Seminar Industri Kreatif di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu.

Terdahulu, ketika berucap dalam majlis itu, Datuk Salleh berkata Dana Mikro FINAS merupakan bantuan khas untuk para penggiat filem di negeri ini menghasilkan projek seperti filem pendek, video MTV dan kandungan kreatif lain. Pemberian geran tersebut adalah untuk merapatkan jurang kemahiran yang dihadapi industri kreatif tempatan.

Program C.I.L.L menyasarkan penggiat industri kreatif tempatan yang berpotensi dan berminat mendalami ilmu dan kemahiran serta memperoleh persijilan formal melalui Content Malaysia Pitching Centre.

Datuk Salleh berkata kerajaan sentiasa mengambil perhatian serius terhadap pembangunan industri perfileman di Sabah. Ini termasuk cadangan UMS untuk mewujudkan Pusat Sehenti Filem bagi kemudahan para penggiat filem di negeri ini. Beliau turut mengakui, terdapat keperluan untuk menyediakan studio dan peralatan produksi untuk menghasilkan filem berkualiti.

 

Ends/alizaali/Farizie/Cov

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s