15/12/2015:Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu Terima Sumbangan Dari MASwings

Penghuni Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu di Beringgis menerima sumbangan terkumpul daripada anak syarikat Penerbangan Malaysia, MASwings, baru-baru ini.

Menurut kenyataan MASwings di Kota Kinabalu, HARI INI, lebih 10-kotak barangan sumbangan kakitangan Penerbangan Malaysia dan MASwings merangkumi pakaian, permainan dan buku-buku rujukan terpakai.

MASwings turut menyumbangkan barangan baharu yang dibeli khas mengikut keperluan rumah kebajikan itu termasuk baby walkers, papan karom, dan bola futsal.

Sumbangan kewangan hasil kutipan staf pula digunakan untuk menyediakan keperluan tambahan seperti susu formula dan lampin pakai buang untuk bayi serta barangan makanan seperti beras, biskut, teh.

Semua sumbangan disampaikan sendiri rombongan mewakili Penerbangan Malaysia dan MASwings kepada Pengetua rumah kebajikan itu, Puan Suparidah.

Usaha ini adalah hasil inisiatif projek kemasyarakatan MASwings menerusi keprihatinan kakitangannya untuk memupuk hubungan rapat dengan komuniti memerlukan khususnya di Sabah dan Sarawak.

 

Ends/alizaali/st

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s