16/12/2015:Awak-Awak Dikhuatiri Lemas Dalam Kejadian Bot Terbakar Di Tawau

Seorang awak-awak dikhuatiri lemas manakala lima lagi melecur selepas sebuah bot terbakar ketika membawa muatan 4-ratus 70 tong dram Petrol RON 97 di Kampung Cenderamata, Tawau, petang semalam.

Dalam insiden itu, lima orang terselamat sementara dua buah bot lain terbakar.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Sandakan, Kapten Maritim A. Razak Abd Rahman berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.20 petang dan dua buah bot digerakkan untuk membawa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) beserta peralatan memadam api ke tempat kejadian.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8.35 malam.

Bangkai bot yang rentung bagaimanapun telah tenggelam dan jumlah kerugian masih belum diketahui.

 
Ends/FLA (FLA/st)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s