16/12/2015:Berganding Bahu Kekalkan Kestabilan Politik Dan Kemakmuran Negeri

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menyifatkan keamanan, kemakmuran dan kemajuan dinikmati Sabah sekarang adalah hasil daripada kerajaan yang stabil.

Justeru, Datuk Musa menyeru rakyat Sabah dan semua pihak berkaitan supaya berganding bahu mengekalkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, pertumbuhan sosial dan perpaduan di negeri ini.

Beliau berkata demikian pada mahlis pelancaran Festival Tahunan Sambutan Krismas Gaya Ke-11 di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu, malam tadi. Teks ucapan dibacakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Festival selama empat hari itu dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Gereja-gereja Sabah (SCC). Pada majlis itu, satu kempen amal dilancarkan untuk mengutip dana bagi empat rumah kebajikan di Sabah.

Aktiviti lain yang diadakan, antaranya pertunjukan bunga api, persembahan koir oleh kumpulan daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, pertunjukan pentas dan penyampaian sumbangan Krismas oleh isteri Tan Sri Pairin, Puan Sri Genevieve Kitingan kepada 60 kanak-kanak.

 

Ends/FLA/BERNAMA

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s