16/12/2015:Bomba Kudat Sedia Hadapi Banjir Kilat

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kudat bersiap sedia menghadapi banjir kilat berikutan ramalan Jabatan Meteorologi negeri bahawa Pantai Barat Sabah dan Bahagian Kudat akan terkena tempias Taufan Melor, yang dijangka berlaku esok dan Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Mohiddin Abdul Majid berkata, persiapan itu termasuk membuat rondaan berkala dan menempatkan jentera di lokasi utama berlakunya banjir iaitu di Sungai Korina dan Sungai Milau, Sikuati Kudat.
Penempatan logistik itu bertujuan mengurangkan respone time jentera lewat tiba di lokasi bencana serta membolehkan logistik digunakan terus ketika paras air berada pada tahap waspada.
Beliau ditemui pemberita RTM di Kudat.
Menurut Mohiddin, pusat pemindahan banjir di Dewan Sk. Kampung Korina, Andap Jawa dan Naradang, Sikuati Kudat turut diaktifkan.
Seramai 34 anggota bomba dan 16 anggota bomba sukarela, 2 jentera dan 2 buah bot serta sebuah bot Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersiap sedia berdepan situasi tersebut.
Selain itu, penduduk sekitar Kudat dinasihati supaya memastikan segala dokumen penting dibawa bersama dan sentiasa memantau pergerakan ahli keluarga. Penduduk juga boleh menghubungi Bilik Kawalan BBP Kudat di talian 088-611 301, yang beroperasi 24 jam.

 

Maria (Esna/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s