16/12/2015:Usaha Tambahbaik Rancangan Dan Siaran RTM

Ekspresi Kombo RTM dan Laporan Lintas Langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan disiarkan di TVi dan TV1 mulai tahun depan.
Menurut Pengarah Penyiaran Sabah, Haji Ali Ngasio, langkah itu antara usaha menambahbaik rancangan dan siaran RTM di negeri ini. Ia termasuklah rancangan yang dekat dengan rakyat serta program informatif yang berkesan agar rakyat mendapat maklumat mutakhir, tepat dan sahih.
Beliau ditemui pemberita selepas kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri.
Haji Ali Ngasio menjelaskan, Ekspresi Kombo RTM yang sebelum ini disiarkan secara langsung di Sabahfm pada setiap Khamis akan disiarkan serentak di Sabahfm dan TVi, manakala laporan persidangan DUN Sabah disiarkan di Berita Nasional, pukul 5 petang.
Mengenai pendigitalan siaran RTM Sabah, beliau berkata, RTM sedang dalam persediaan peralatan dan kelengkapan.

 

Maria (Salma/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s