16/12/2015:Yakin Usaha Yang Dilakukan Kerajaan Untuk Pastikan Ekonomi Berkembang

Rakyat perlu yakin dengan usaha yang dilakukan kerajaan untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang.
Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata, ekonomi negara masih kukuh dan terus berkembang sepertimana dinyatakan dalam Bajet 2016, yang dibentangkan pada Oktober lalu.
Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat supaya tidak mempercayai maklumat yang mendakwa kononnya negara akan bankrap.
Beliau ditemui media selepas program Ceramah Agama dan Isu Semasa di Beaufort.
Datuk Isnin berkata, pelbagai isu tidak sahih disebarkan menerusi media sosial yang cuba memesongkan pemikiran rakyat agar membenci dan menolak kerajaan sedia-ada.
Sekiranya rakyat mempercayai bulat-bulat maklumat terbabit ia dikhuatiri akan mengganggu gugat keharmonian sedia-ada.
Beliau berharap rakyat bijak menilai maklumat dan isu yang disebarluas menerusi media baharu itu, seterusnya menolak dakyah pihak tertentu yang cuba memporak porandakan negara.

 

Maria (maria/Stat)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s