17/12/2015:Hayati Prinsip Pertama Dalam Rukun Negara

Rakyat di negara ini disaran menghayati prinsip pertama dalam rukun negara iaitu “kepercayaan Kepada Tuhan” bagi merealisasikan makna sambutan perayaan Krismas yang dirayakan setiap tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, usaha itu penting kerana Rukun Negara merupakan ideologi nasional rakyat yang merangkumi 5 prinsip penting bagi menjaga keamanan, keharmonian dan kesejahteraan tanah air.

Jelasnya, dalam konteks 1 Malaysia juga, perayaan Krismas bukan sahaja disambut umat Kristian tetapi seluruh masyarakat Malaysia sama seperti perayaan lain yang membolehkan masyarakat saling memahami budaya perayaan masing-masing sekaligus mengeratkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

Tan Sri Kurup berucap demikian ketika merasmikan ‘Unity Night’ sempena Sambutan Krismas Gaya 2015 di Kota Kinabalu.

 

Ends/Donny (Shon/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s