17/12/2015:Nor Alam Khan Dilantik Sebagai Ketua Eksekutif ESSCOM Yang Baharu

Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Ruji Ubi dilantik sebagai Pegawai Pembangunan Negeri Sabah berkuat kuasa semalam.

Beliau menggantikan Datuk Matusin Sunsang yang bersara wajib awal bulan ini.

Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom pula diambil alih Pengarah Imigresen Sabah, Nor Alam Khan.

Menurut kenyataan ESSCom, Ruji menerima surat pelantikan dari Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa untuk jawatan baharu itu pada 15 Disember lalu.

Ruji, 45 tahun, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya pada 1995 dan Ijazah Sarjana Pengajian Antarabangsa dari Universiti Queensland, Brisbane, Australia pada 2010.

Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom ialah Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah dari Disember 2010 hingga Ogos 2014.

 

Ends/Donny (Bern/Donny)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s