17/12/2015:Yayasan Sabah Terus Beri Khidmat Terbaik

Yayasan Sabah terus memberi khidmat terbaik, sekali gus komitmen penuh dalam membangunkan kualiti modal insan di Sabah menerusi penganjuran pelbagai program walaupun berdepan kewangan terhad.

Pengarahnya, Datuk Sapawi Haji Ahmad berkata, kemampuan kewangan terhad tidak menghalang pihaknya menjalankan program-program teras termasuk pembangunan intelek, sosioekonomi serta sosiobudaya sesuai dengan misi yayasan, ‘Dinamik, Berjiwa Rakyat, Komited dan Prihatin’.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Malam Anugerah Kumpulan Yayasan Sabah di Kota Kinabalu. Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

Datuk Sapawi berkata, enam pejabat zon di seluruh negeri telah melaksanakan 84 program teras membabitkan 9-ribu 366 peserta.

Yayasan Sabah turut memberi tajaan biasiswa, dermasiswa dan pinjaman kepada 1-ribu 519 pelajar Sabah membabitkan perbelanjaan 18.3-juta ringgit.

Dalam majlis itu, Datuk Sapawi mengumumkan bantuan kewangan 500-ringgit kepada kakitangan Yayasan Sabah.

 

Ends/Donny (Oli/Bern/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s