18/12/2015:Hidupkan Kembali Semangat Perdagangan Di Kawasan Sempadan Malaysia-Indonesia

Inisiatif Konsulat Republik Indonesia (K.R.I) di Tawau untuk menghidupkan kembali semangat perdagangan di kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia melalui ‘Wonderful Indonesia Festival’ (W.I.F), bertepatan.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, perkara itu perlu diterima dan dilihat secara positif. Ini kerana semangat perdagangan sudah tertanam sejak sekian lama dalam jiwa para peniaga di kawasan persempadanan Kalimantan dan Tawau.

Katanya, acara WIF 2015 boleh memberikan semangat kepada ahli pernigaan kedua negara dengan harapan bahawa peniaga kecil dan sederhana (IKS) kedua-dua pihak dapat bertukar maklumat dalam bidang masing-masing.

Datuk Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu berucap demikian ketika merasmikan festival itu di Dewan Masyarakat Tawau.

Festival yang berlangsung selama dua hari bermula kelmarin itu melibatkan 24 industri kecil dan sederhana dari Kalimantan Utara dan Kalimantan Timur. Ia bertujuan memberi peluang para peniaga IKS kedua-dua negara untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

 

Juliana/Bernama

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s