18/12/2015:Kejohanan F-Three Akan Berlangsung Ahad Ini

Kejohanan F-Three Freestyle Full Contact Fight kini melebarkan sayapnya ke Sabah dengan menjadikan bandaraya Kota Kinabalu sebagai lokasi pertama penganjurannya.

Peminat sukan seni tempur tersebut berpeluang menyaksikan kejohanan edisi F-Three Borneo Series 2015 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu pada Ahad ini bermula pukul 10 pagi.

Demikian kenyataan Pengerusi Penganjur kejohanan yang juga Naib Presiden, Persatuan Muaythai Daerah Kota Kinabalu, Zamalani Masulin di Kota Kinabalu.

Menurutnya, hampir seratus peninju yang mewakili beberapa persatuan dan gym seni bela diri dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung akan berentap pada kejohanan kali ini.

Acara yang dipertandingkan ialah Freestyle, Muaythai, Mixed Martial Arts, Boxing dan Silat dalam beberapa kategori 20 perlawanan Super Fight. Pertandingan melibatkan berat 45 kilogram hingga 75 kilogram serta 2 kategori yang akan merebut tali pinggang kejuaraan iaitu berat 54 hingga 57 kilogram dan 58 hingga 61 kilogram.

 

Juliana/st

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s