18/12/2015:Kekalkan Momentum Perkhidmatan Cemerlang

Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS) berharap pertukaran tampuk pentadbiran Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) berupaya mengekalkan momentum perkhidmatan yang cemerlang untuk menjaga keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Setiausaha MPSS, Mohd Zaki Harry Susanto berkata, perkara itu penting bagi memastikan kedaulatan negara khususnya di Sabah sentiasa terpelihara dan tidak dicabuli oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.

Mohd Zaki berkata demikian dalam kenyataan di Tawau bagi mengulas pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom, Ruji Ubi yang dilantik Pegawai Pembangunan Negeri Sabah berkuat kuasa kelmarin. Jawatan itu diambil alih Pengarah Imigresen Sabah Nor Alam Khan.

Mohd Zaki turut menzahirkan terima kasih kepada Ruji kerana melaksanakan perkhidmatan yang cemerlang walaupun berdepan pelbagai kekangan khususnya dalam aspek logistik.

Sehubungan itu, katanya, MPSS berharap kerajaan memperkasakan ESSCom dengan menyediakan kemudahan logistik yang canggih dan terkini.

 

Juliana/Bernama

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s