18/12/2015:Kes Jangkitan Hepatitis B Di Sabah Meningkat 312 Kes Tahun Ini

Sabah merekodkan seribu 492 kes jangkitan Hepatitis B pada tahun ini. Jumlah itu meningkat sebanyak 312 kes berbanding seribu 180-kes tahun lalu.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Christina Rundi, jangkitan itu dikesan menerusi saringan ibu-ibu mengandung, mereka yang berisiko menghidapi hepatitis dan aktiviti derma darah.
Menurutnya, penyakit berjangkit itu dapat dicegah dengan menghindari perkara berisiko seperti penagihan dadah menggunakan jarum dan melakukan hubungan seks dengan mereka yang menghidap penyakit itu.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang media selepas melancarkan Seminar Hepatitis Sabah di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Hepatologi Hospital Selayang, Dr. Tan Soek Siam berkata, secara keseluruhannya, terdapat 450-ribu kes Hepatitis C di negara ini.

Beliau berkata, masih belum terdapat vaksin Hepatitis C. Namun, inisiatif Kumpulan Sokongan Hepatitis akan dapat membantu penghidap penyakit itu serta keluarga terbabit.

 

oli/za/cvr/juliana

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s