18/12/2015:Persatuan Yang Mewakili Wanita Perlu Peka Terhadap Isu Semasa

Persatuan atau pertubuhan yang mewakili wanita perlu peka terhadap isu semasa yang melibatkan kepentingan, hak, maruah, perundangan, diskriminasi dan pendidikan kaum wanita.

Ia bagi membolehkan pelbagai program mahupun penyelesaian dapat dilaksanakan untuk mengekang permasalahan yang dihadapi kaum wanita.

Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata, wanita kini memainkan peranan penting bukan sahaja dalam institusi kekeluargaan tetapi juga melibatkan urus tadbir negara.

Sehubungan itu, pelbagai usaha melibatkan program pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup wanita perlu dirangka secara berterusan.

Datuk Jainab berucap Merasmikan Seminar Hak-Hak Wanita Menurut Perspektif Islam anjuran bersama Biro Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah serta Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah di Kota Kinabalu.

Seminar sehari itu bertujuan membahas dan membincangkan isu yang mengancam kedudukan dan hak wanita Islam. Ini termasuklah isu berkaitan penderaan, perceraian dan penafian hak dalam rumah tangga.

 

Sahira/cov/Juliana

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s