18/12/2015:Setiap Etnik Di Sabah Di Saran Hasilkan Pakaian Tradisi Masing-Masing

Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) berharap lebih banyak suku kaum dan etnik di negeri ini menghasilkan pakaian etnik masing-masing dalam bentuk yang lebih kreatif dan unik.

Pengurus Besar LKNS, Datu Rusmadi Datu Sulai berkata, semua etnik yang ada di negeri ini perlu mengetengahkan hasil rekaan pakaian tradisi mereka agar dapat dikomersilkan ke peringkat antarabangsa.

Beliau ditemui pemberita RTM selepas merasmikan Momogun Fesyen Design Contest, Cocktail Party And Show dan Penyerahan Rasmi Buku Inventori Momogun Rungus di Kudat.

Datu Rusmadi berkata, program anjuran Solumpak Vogu Tondu, Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) itu perlu dicontohi persatuan suku kaum lain agar lebih banyak rekaan pakaian etnik dapat dihasilkan.

Buku Inventori Momogun Rungus yang diserahkan kepada SAMORA itu merupakan hasil kajian bersama LKNS dan etnik Rungus yang menyenaraikan 15 kriteria budaya suku kaum Rungus.

 

ear/tam/cov/juliana

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s