21/12/2015:Pasukan SUKMA Sabah Juara Kategori Berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Negeri

Pasukan Sukan Malaysia SUKMA Sabah dinobatkan sebagai juara acara kategori berpasukan pada kejohanan sepak takraw peringkat negeri anjuran Persatuan Sepak Takraw ASTAKA Sabah.

Kejohanan berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Tenom yang disertai 8 pasukan dari seluruh negeri.

Pasukan SUKMA Sabah memenangi wang tunai berjumlah 3-ribu ringgit beserta jersi. Tempat kedua dimenangi pasukan dari Sandakan dengan hadiah wang tunai 2-ribu ringgit dan jersi.

Manakala tempat ketiga dimenangi dua pasukan iaitu Pantai Barat Selatan dan Pantai Barat Utara. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah seribu ringgit dan jersi.

Bagi acara regu dimenangi pasukan Kota Kinabalu dengan hadiah wang tunai seribu ringgit dan jersi.

Tempat kedua dimenangi pasukan Nabawan yang membawa pulang wang tunai 7-ratus ringgit manakala tempat ketiga turut dimenangi dua buah pasukan iaitu pasukan Papar A dan Kudat A.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah, Datuk Louis Rampas.

 

Loy/wn-AN

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s