21/12/2015:Perkembangan Banjir Di Tenom

Lima buah keluarga melibatkan 21 penduduk terjejas banjir di kampung Pantugon Saga Tenom telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di rumah panjang kampung berkenaan sejak malam tadi.

Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat kini mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk terlibat.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita RTM di Tenom.

Katanya, paras air sungai padas pukul 10 malam semalam telah berada di paras 176.4 dan bacaan awal pagi tadi turun ke 176 di bawah paras bahaya iaitu 177 meter.

Bagaimanapun, bilik gerakan banjir setakat ini belum diaktifkan lagi namun pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bersama pihak Polis dan Bomba dikerah untuk membuat pemantuan ke kawasan perkampungan berisiko banjir.

Sehubungan itu, Madiyem yang juga pengerusi bencana alam daerah mengingatkan penduduk kampung yang tinggal di kawasan yang mudah dinaiki air agar dapat berpindah ke pusat pemindahan dengan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini.

 

Loy/int-AN

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s