23/12/2015:1 Maut, 3 Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Jalan Keningau-Sook

Seorang lelaki warga asing yang memiliki dokumen perjalanan yang sah berumur 22 tahun maut akibat cedera parah di bahagian kepala dalam satu kemalangan di kilometer 12 Jalan Keningau-Sook, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, dua lelaki tempatan masing-masing berumur 51 dan 21 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun mengalami kecederaan parah.

Kedua-dua lelaki yang cedera itu telah dihantar ke hospital keningau manakala kanak-kanak perempuan tersebut dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Douglas Taong mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi pemberita RTM di Keningau.

Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian mendapati kemalangan berpunca dari kenderaan pick up yang menghala ke Keningau dari arah Sook, apabila memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan kenderaan Isuzu trooper dari arah Keningau menuju ke Sook.

Pertembungan itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbabas ke lorong sebelah kanan dari arah Sook.

 

Ends/Donny (Loy/Stat)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s