23/12/2015:Bukti Sikap Keterbukaan Dalam Sampaikan Dakwah

Penyertaan individu bukan Islam dalam pertandingan nyanyian berunsurkan dakwah dan kemanusiaan anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) membuktikan sikap keterbukaan dalam menyampaikan dakwah.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad berkata, penyertaan individu berkenaan juga memberi peluang kepada mereka mengetahui ajaran Islam tanpa paksaan.

Beliau ditemui selepas menyaksikan Pertandingan Akhir Lagu-Lagu Dakwah dan Kemanusiaan sempena Malam Kesenian Islam Sipitang 2015 di Sipitang.

Pertandingan itu dimenangi Nurul Adha Zulkefli mewakili Daerah Kota Belud seterusnya memenangi hadiah wang tunai dua ribu ringgit, sijil dan cenderahati.

Naib Johan menjadi milik Qaleesya Safiya Francis Abdullah, manakala tempat ketiga, Mohd Rifanzie Ruji dari Ranau. Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai seribu 500-ringgit dan seribu ringgit, sijil dan cenderahati.

 

Ends/Donny (ear/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s