23/12/2015:Jangan Jual Tanah

Masyarakat luar bandar di negeri ini diingatkan agar tidak menjual tanah milik mereka kepada individu yang cuba mempengaruhi penduduk kampung dengan andaian tidak berasas sehingga menyebabkan pemilik tanah menjual tanah mereka dengan harga murah.

Timbalan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata, keadaan itu sering berlaku di kawasan pedalaman apabila penduduk terpengaruh dengan andaian pihak terbabit kononnya kerajaan tidak mampu membangunkan negeri ini secara holistik.

Beliau ditemui pada Majlis Jamuan Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2016 di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA, Penampang.

Dalam perkembangan lain, Datuk Nazri yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah berkata, Lembaga Pertubuhan Peladang merancang untuk mempertingkat pengeluaran makanan pada tahun depan untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap import makanan.

 

Ends/Donny/AA (FM/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s