23/12/2015:Komander ESSCOM Baharu Terima Tugas Hari Ini

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Dan Negeri Kuala Lumpur, DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dilantik sebagai Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan DCP Datuk Abdul Rashid Harun yang dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah berkuatkuasa hari ini.

Majlis Serah dan Terima Tugas antara Datuk Wan Abdul Bari dan Datuk Abdul Rashid disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Wisma Innoprise, Kota Kinabalu.

Bercakap kepada media, Datuk Wan Abdul Bari menyifatkan pelantikannya itu satu tanggungjawab besar.

Bagaimanapun katanya, pengalaman luas termasuk pernah menyertai pasukan polis hutan yang menjalankan operasi di Sempadan Malaysia-Thailand sekitar tahun 1977 hingga 1985, beliau yakin mampu memikul tanggungjawab tersebut.

Dalam majlis itu, Datuk Musa turut menyaksikan serah terima tugas Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM baharu Noor Alam Khan. Beliau menggantikan Ruji Ubi yang dilantik sebagai pegawai pembangunan negeri Sabah berkuatkuasa 16 Disember lalu.

 

Ends/Donny (Sahira/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s