23/12/2015:Polis Berjaya Tumpaskan Kumpulan Ragut Myvi

Polis berjaya menyelesaikan 23 kes ragut sekitar daerah Kota Kinabalu dan Penampang dengan tertangkapnya lapan suspek peragut dari kumpulan Myvi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, siri tangkapan terhadap lapan suspek yang terdiri enam lelaki dan dua wanita itu yang berumur antara 18 hingga 50 tahun, bermula 20 Disember lalu sehingga semalam.

Kumpulan itu dipercayai aktif sejak Julai lalu dan kebanyakan suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Bercakap dalam satu sidang media di Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata, kumpulan itu menggunakan modus operandi dengan meragut mangsa dari belakang menggunakan kenderaan Myvi dan Axia.

Jumlah rampasan bagi kes ragut itu yang dilakukan sekitar Kota Kinabalu, Luyang, Penampang, Inanam dan Taman perumahan dianggarkan 110-ribu ringgit.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaaan. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan lain, ACP M. Chandra berkata, pihaknya sedang menyiasat satu kes ragut menggunakan motosikal di Kota Kinabalu.

Ends/Donny (Oli/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s