28/12/2015:Bantu Mantapkan Proses Integrasi Nasional

Konsert Aktif 7 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dilihat dapat membantu memantapkan lagi proses integrasi nasional melalui penglibatan semua pihak termasuk artis tempatan Sabah.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Senator Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Said Keruak berkata program yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui stesen radio Nasional FM dan Sabah FM itu diharap akan diteruskan.

Katanya, program itu yang mendekatkan juruhebah RTM dengan pendengar akan memudahkan penyaluran maklumat yang tepat dan cepat kepada rakyat.

Beliau ditemui selepas konsert itu di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Sabah di Kota Kinabalu, SEMALAM.

Konsert yang berlangsung selama hampir tiga jam bermula 8-malam itu adalah hasil kerjasama tujuh stesen radio nasional bersama dua stesen tempatan.

Rakaman televisyen konsert berkenaan akan disiarkan di saluran TV2 pada 1 Januari pukul 9-malam.

Program yang julung kalinya diadakan di negeri ini dihadiri kira-kira empat ribu penonton.

 

Ends/alizaali/Bernama.

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s