28/12/2015:Contohi Pendekatan Rasulullah Dalam Selesaikan Permasalahan

Umat Islam wajar mencontohi pendekatan Rasulullah dalam menyelesaikan permasalahan khususnya isu sosial dalam kalangan umat Islam.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hajah Hamisa Samat berkata pendekatan Rasulullah yang penyabar dan bijaksana dalam memperjuangkan Islam tanpa menggunakan kekerasan merupakan pancaran sebenar ajaran Islam.

Katanya, formula penyelesaian masalah terbaik itu terbukti terbukti berkesan bagi manusia sejagat melalui sirah Rasulullah yang turut dikagumi pihak barat.

Datuk Hamisa yang juga Yang DiPertua Lembaga Kebajikan Perempuan Malaysia Perhubungan Tawau berucap sempena program Selawat Perdana Maulidur Rasul 1437H di Masjid Bandar Tawau.

Beliau turut menegur sikap malas dan tidak bersungguh-sungguh sesetengah umat Islam dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Sikap itu bukan sahaja menyekat kemajuan umat Islam, malah memberi persepsi negatif terhadap Islam.

Justeru, Datuk Hamisa Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu mengajak seluruh umat Islam mengikis sikap dan pemikiran negatif, sekaligus menonjolkan imej tepat tentang Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

Ends/alizaali/emel

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s