28/12/2015:Dua Beradik Maut Dalam Kemalangan Di Jalan Keningau-Nabawan

Dua beradik maut dalam satu kemalangan di Kilometer 56 Jalan Keningau-Nabawan, KELMARIN. Mereka dikenali sebagai Joey Rayner Marius, 22-tahun dan Mark Daniel Marius 18-tahun.

Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Douglas Taong berkata Mark Daniel maut serta merta di tempat kejadian, manakala abangnya, Joey Rayner meninggal dunia di Hospital Keningau.

Menurut DSP Douglas, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 1-pagi. Siasatan polis mendapati, sebuah kenderaan tidak dikenal pasti telah melanggar Mark Daniel yang sedang berjalan kaki dan menyebabkan abang mangsa, Joey Rayner yang sedang menunggang motorsikal dari arah belakang, terlanggar adiknya lalu terjatuh dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketika kejadian, kedua-dua adik-beradik itu sedang dalam perjalanan pulang dari Gereja Kampung Bahagia ke rumah mereka di Kampung Bansuit, kira-kira satu kilometer.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Ends/alizaali/Loy/int.

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s